ISU KEJURUTERAAN GENETIK PDF

Selain itu juga, bagi pasangan yang tidak mempunyai anak, kaedah kelahiran melalui kejuruteraan genetik akan dapat membantu pasangan terbabit memperoleh zuriat sendiri bagi meneruskan kesinambungan hidup atau keturunan mereka. Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Secara tidak langsung, bidang kejuruteraan genetik telah dapat mencorakkan semula bidang penghasilan produk ke arah hasil yang lebih baik dan terjamin, serta pulangan yang lumayan kepada para pengusaha.

Author:Zulkirn Bagul
Country:Moldova, Republic of
Language:English (Spanish)
Genre:Art
Published (Last):8 June 2010
Pages:479
PDF File Size:16.57 Mb
ePub File Size:4.94 Mb
ISBN:615-3-62578-596-2
Downloads:54325
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Vusho



Berbicara tentang kejuruteraan genetik, perlulah difahami dahulu tentang ilmu bioteknologi. Hal ini kerana kejuruteraan genetik merupakan satu cabang bidang bioteknologi yang banyak digunakan pada masa kini. Kaedah bioteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai aspek bioekonomi seperti pertanian, perubatan, produk makanan dan juga alam sekitar. Sejarah telah membuktikan bahawa manipulasi genetik telah dilakukan oleh para petani sejak ribuan tahun dahulu dengan menggunakan teknik pembiakbakaan untuk mendapatkan baka tanaman yang berkualiti Nazrul dan Rogayah, Manakala, kejuruteraan genetik adalah proses memanipulasi gen tertentu yang dipindahkan dari satu spesies ke spesies yang lain bagi menghasilkan ciri-ciri yang tidak wujud sebelumnya.

Kejuruteraan genetik atau modifikasi genetik berfungsi untuk memanipulasi genetik sesuatu organisma secara terus. Melalui kejuruteraan genetik, para saintis berpeluang membuat kajian dan mencipta gen-gen baru dan memperbaiki gen sedia ada untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Manusia telah mengenalpasti struktur gen dalam setiap sejarah mereka, namun kali ini ia telah berkembang lebih jauh dalam manipulasi gen mereka berbanding dalam 14, tahun lalu Scarre, Hal ini menunjukkan bioteknologi mahupun kejuruteraan genetik telah lama diaplikasikan oleh masyarakat terdahulu.

Misalnya masyarakat tamadun Mesir Purba dan Babylon telah menghasilkan bir, keju dan roti menggunakan kaedah penapaian. Namun, pada waktu itu manusia tidak mengetahui bahawa dalam penghasilan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Penyelidikan dijalankan untuk membolehkan teknologi memberi manfaat kepada manusia Shanks, Hal ini dibuktikan apabila banyak penyelidikan telah dijalankan di negara-negara maju kerana mereka percaya teknologi yang berkaitan dengan bidang biologi mampu menyumbang banyak dalam pembangunan negara.

Hal ini kerana kerajaan Malaysia mendapati banyak kebaikan jika bidang bioteknologi ini diterokai terutamanya dalam sektor ekonomi. Dapat dilihat setelah dasar baru ini diperkenalkan, aktiviti kajian berkaitan bidang ini berkembang dengan pesat terutamanya dalam bidang pertanian. Sembilan teras telah digariskan dalam dasar ini antaranya Pembangunan Bioteknologi Pertanian, Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan dan juga Pembangunan Bioteknologi Perindustrian Marhaini dan Ridzwan, Di Malaysia terdapat tujuh kategori bioteknologi yang dibangunkan iaitu biologi molekul, biologi tumbuhan, biologi haiwan, biologi perubatan, biologi alam sekitar dan industri, biofarmasi dan bioteknologi malaysia makanan.

Dalam penulisan ini akan ditekankan kejuruteraan genetik dalam bidang pertanian dan makanan, serta manusia. Menurut Nazrul dan Rogayah , dengan teknologi kejuruteraan genetik, pengenalan gen asing ke dalam genom tumbuhan sama ada daripada spesies tanaman yang sama atau berlainan, kulat, bakteria mahupun virus yang diminati dapat diimplementasi dan direalisasikan.

Teknologi ini juga sangat khusus dan berupaya memencil, menganalisis dan memanipulasi gen secara spesifik dan versatil. Tanaman atau tumbuhan yang telah diubahsuai gen dikenali sebagai tanaman transgenic. Hasil tanaman yang telah diubahsuai ini mendapat sambutan dan telah dikomersialkan kerana tahan lebih lama dan mudah untuk dieksport ke luar negara.

Pertanian dan makanan tidak dapat dipisahkan. Dalam menjadikan makanan lebih tahan lama, beberapa pengubahsuaian gen pada tumbuhan dijalankan. Di bidang bioteknologi, Genetic Modified Food GMF atau makanan yang diubahsuai secara genetik adalah istilah yang paling biasa digunakan untuk merujuk kepada tumbuhan tanaman yang dicipta untuk penggunaan manusia atau haiwan, yang telah diubah suai di makmal untuk meningkatkan sifat yang dikehendaki atau kandungan pemakanan yang bertambah baik.

Antara kebaikan yang diperolehi dari GMF adalah menjadikan tumbuhan berdaya tahan terhadap serangga perosak dan racun, daya tahan terhadap penyakit dan mempunyai nutrien tambahan melalui pengubahsuaian genetic. Malah beberapa kejayaan juga telah dicapai oleh GMF dalam menaiktaraf kehidupan manusia. Misalnya penghasilan Golden Rice yang bertujuan untuk mengatasi masalah malnutrisi kerana beras ini mengandungi kandungan vitamin A yang lebih tinggi berbanding beras-beras yang lain.

Namun, produk transgenik telah digambarkan sebagai produk yang mempunyai potensi yang negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, khususnya oleh majoriti pengguna di Eropah. Ini kerana penghasilan tanaman transgenik kebiasaannya menggunakan gen penanda pemilihan yang penting untuk proses penyaringan Nazrul dan Rogayah, Biarpun proses penyaringan bertujuan untuk memastikan makanan diubah suai selamat, masih wujud tanggapan negatif terhadap teknologi ini. Oleh itu, di Malaysia, teknologi gen bersih diperkenalkan bagi menjamin proses penyaringan yang lebih mesra alam.

Produk transgenik juga menelan perbelanjaan kos yang tinggi kerana melibatkan teknologi makmal yang canggih. Ia mendapat permintaan yang tinggi tetapi produk tersebut tidak menguntungkan kerana melibatkan modal yang sangat tinggi Bruening dan Lyons, Athanasios Theologis telah mengenalpasti dan bertanggungjawab menyekat gen yang menyebabkan pematangan awal.

Kejuruteraan genetik juga memberi impak kepada alam sekitar, antaranya mengakibatkan keadaan bertoksik yang menjejaskan spesies lain dan serangga, menjejaskan kualiti tanah, menjejaskan hidupan akuatik dan menyebabkan pencemaran air terutamanya sungai.

Malah, pengubahsuaian makanan ini juga berisiko memberi kesan alergi kepada manusia. Bioteknologi molekular adalah penggunaan teknik-teknik makmal untuk mengkaji dan mengubah suai asid nukleik dan protein untuk aplikasi dalam bidang kesihatan manusia dan haiwan, pertanian, dan alam sekitar. Ia berkeupayaan untuk memindahkan maklumat genetik Bidang kejuruteraan genetik tidak dapat dipisahkan dengan ilmu biologi molekul.

Tambah beliau, pengetahuan dalam biologi molekul amat penting kerana dengan adanya asas ini kita akan tahu bagaiamana mengenali ciri-ciri gen dan DNA dalam suatu organisma Laupa Junus, Hakikatnya, manusia sangat bergantung kepada teknologi dan sains. Kejuruteraan genetik manusia telah dibangunkan untuk membantu mengatasi masalah penyebaran penyakit. Dengan kemunculan kejuruteraan genetik, saintis boleh mengubah cara genom dibina untuk merawat penyakit yang berlaku akibat mutasi gen Patra, Penyakit seperti fibrosis, diabetes, distrofi otot dan pelbagai penyakit yang berbahaya dapat dirawat melalui kejuruteraan genetik.

Di samping itu, penghasilan antibiotic bagi meningkatkan imun tubuh badan individu juga berkembang melalui kejuruteraan genetik. Kontradiknya, terdapat beberapa tanggungjawab dan cabaran yang dihadapi manusia apabila mencapai kemajuan dalam bidang genetic ini apabila timbul isu pengklonan manusia. Menurut Majdah , klon lazimnya digunakan bagi memaparkan keadaan di mana anak yang dilahirkan oleh si ibu mempunyai maklumat genetik yang serupa dengan pembekal DNA.

Walaupun teknik yang digunakan untuk menghasilkan klon ini dinamakan nuclear transfer atau pemindahan nukleus, tetapi hasilnya dikenali sebagai klon. Setelah pengklonan kambing biri-biri Dolly berjaya, seorang saintis Amerika Syarikat, Richard Seed telah berikrar untuk mengklon manusia. Kenyataan tersebut menjadi punca utama kaedah pengklonan dianggap tidak beretika. Pengklonan ini akan meyebab ketidakseimbangan sosial manusia dan melanggar fitrah manusia.

Malah isu ini diperdebatkan hingga ke hari ini. Kalau dilihat dari sudut positifnya pengklonan manusia membolehkan pasangan yang mandul atau wanita yang tidak berkahwin menimang cahayamata dengan tidak menggunakan sperma lelaki. Biarpun pengklonan bakal memberi banyak kelebihan dalam bidang sains, namun jelas isu ini bertentangan dengan syarak menurut agama Islam.

Hal ini kerana akan timbul 6 GCI pertikaian terhadap status perbuatan dan anak itu sendiri. Pengklonan manusia turut menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan buruk ke atas klon yang dihasilkan dan juga kemusnahan janin-janin yang dihasilkan. Contohnya, bagi mencipta Dolly, dari percubaan kesemuanya gagal, kecuali Dolly. Di Malaysia, Fatwa Kebangsaan telah sepakat membuat keputusan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ia bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan Allah S.

Biarpun begitu perlulah langkah-langkah awal agar isu ini tidak timbul di Malaysia kerana sehingga kini ramai saintis yang begitu ghairah sekali ingin menjayakan pengklonan manusia.

Seterusnya adalah isu tabung sperma ataupun dikenali sebagai Bank of Sperm di negara-negara Barat. Pada tahun , Jerome Sherman dan Raymond Bunge dari State University of Iowa telah berjaya mencipta teknik pembekuan sperma untuk mengekalkan kualiti sperma dan hasilnya tiga orang wanita telah berjaya disenyawakan dengan sperma yang dibekukan Swanson, Sejak inilah pembekuan sperma mahupun ovum telah dijalankan bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah kesuburan.

Tabung sperma ini membolehkan wanita mengandung dengan memilih sperma yang terdapat dalam bank tabung sperma untuk disenyawakan. Lebih menarik, mereka boleh memilih berdasarkan ciri-ciri yang ada pada penderma sperma, misalnya berkulit putih dan mempunyai tahap akademik yang cemerlang.

Dewasa ini, pendermaan sperma dan ovum lebih berbentuk perniagaan. Hal ini kerana penjualan sperma dan ovum mampu mencecah ribuan ringgit. Perkara sebegini sebaiknya dielakkan kerana penderma perlu mengambil dadah untuk meransang pengeluaran telur. Sudah tentulah perkara ini akan membahayakan individu yang terlibat. Maka, persenyawaan menggunakan kaedah tabung sperma perlu dielakkan tidak kira sama ada penderma atau penerima kerana mendatangkan kesan sampingan dari segi kesihatan dan kehidupan seharian.

Perkembangan bidang kejuruteraan genetik sebenarnya membuka peluang pendidikan yang banyak. Hal ini kerana kejuruteraan genetik melibatkan pelbagai kajian dan penyelidikan terutamanya dalam sektor pertanian.

Disebabkan pertanian antara penyumbang utama ekonomi Malaysia, banyak usaha kerajaan dilihat ke arah untuk meningkatkan hasil pertanian dengan menggunakan kepakaran dalam bidang sains teknologi. Selaras dengan penekanan baru untuk mempergiat semula sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ketiga, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM Jelaslah banyak peruntukan yang telah disediakan bagi meluaskan lagi bidang ini.

Secara tidak lansung membuka peluang pendidikan apabila banyak kajian boleh dijalankan. Antara universiti awam yang menawarkan bidang bioteknologi adalah Universiti Putra Malaysia UPM , yang sememangnya terkenal dengan pertanian sebagai kebitaraan mereka. Dapat dilihat dalam rajah 1 , antara cabang penyelidikannya adalah sistem biologi dan bioteknologi, agrikultur dan makanan serta perhutanan dan biodiversiti.

Peluang pendidikan ini turut dinikmati di peringkat sekolah. Pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari subjek sains apabila mereka mengetahui tentang kepelbagaian dalam bidang bioteknologi. Malah dasar Sains Sastera akan dapat direalisasikan memandangkan pada masa sekarang peratusan pelajar sastera lebih tinggi. Namun begitu, disebabkan isu-isu kejuruteraan genetik yang seringkali menyentuh sensitiviti umat Islam telah mewujudkan tanggapan negatif dalam masyarakat.

Hal ini akan menyekat perkembangan bidang kejuruteraan genetik apabila mereka takut untuk mendalami bidang ini. Seterusnya mengakibatkan peluang pendidikan dalam bidang kejuruteraan genetik terjejas. Sebenarnya, pantauan dan garis panduan boleh diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab sekiranya ingin mengatasi isu sensitif kejuruteraan genetik. Justeru, peluang berharga ini tidak boleh disia-siakan oleh masyarakat Malaysia hanya disebabkan tanggapan negatif.

Walaupun begitu, setiap perkara ada kekurangannya. Cuma kita perlu melihat kekurangan tersebut sebagai satu peluang bukan satu masalah barulah negara dapat melahirkan masyarakat yang produktif. Isu kejuruteraan genetik yang bertentangan dengan syarak perlulah kita hindari bagi mengelakkan timbulnya masalah baru.

Kita perlulah lebih bijak menilai untuk menentukan perkara yang baik dalam hidup kita. Diharap pada masa akan datang negara ini akan menjadi salah satu negara yang berpakaran tinggi dalam bidang bioteknologi. Lahirnya ramai pakar dalam bidang sains menunjukkan tahap pendidikan sesebuah negara yang cemerlang. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi membangunkan bidang yang luas ini agar kita dihormati dan disanjungi oleh negara luar.

Tiada perkara yang mustahil sekiranya kita berusaha dan berani mencuba.

DETERMINATION OF TOTAL HARDNESS OF WATER BY COMPLEXOMETRIC TITRATION PDF

Ubah kejadian dengan kejuruteraan genetik

Bagi sebilangan ilmuan dan penyokong kejuruteraan genetik, kehadiran Dolly telah menghidupkan banyak peluang dalam bidang kajian sains, terutama bagi memperolehi sumber-sumber serta kegunaan baru dalam bidang tersebut. Selain itu juga, bagi pasangan yang tidak mempunyai anak, kaedah kelahiran melalui kejuruteraan genetik akan dapat membantu pasangan terbabit memperoleh zuriat sendiri bagi meneruskan kesinambungan hidup atau keturunan mereka. Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.

ALAN FURMANSKI JUGOS QUE CURAN PDF

Cabaran Isu Semasa : Kejuruteraan Genetik

Genom pula ialah maklumat warisan menyeluruh yang dikodkan dalam DNA yang merupakan juzuk utama yang membentuk bahan genetik. DNA atau asid deoksibonukleik ialah bahan penentu ciri-ciri baka kebanyakan hidupan. Kemajuan sains hari ini memungkinkan DNA diedit, mengubah kejadian alam, mengambil kesemulajadian ke tangan manusia untuk kemudian dijadikan daya ciptaannya sendiri. Kejadiannya telah diubah suai untuk tujuan-tujuan yang masih lagi boleh diperbahaskan kesan buruk dan baiknya.

LIVRO APRENDENDO INTELIGENCIA PIERLUIGI PIAZZI PDF

Kejuruteraan genetik

.

CLASIFICACION COXARTROSIS PDF

.

Related Articles